Kerjasama Awal
Ketika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke sekitar Negeri Sembilan. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke dunia rakaman sebagai penyanyi duo sebaliknya masing-masing mengejar karier muzik sendiri. Duo ini kembali terbentuk pada tahun 2000 Achik yang juga vokalis kumpulan Spin mengundang Nana yang ketika itu sedang memajukan karier muziknya secara solo. Mereka bergandingan dalam lagu Gurauan Berkasih ciptaan Patrik Kamis. Seterusnya sebagai balas, Nana mengundang Achik untuk berduet sebuah lagu dalam album keduanya Luahan Hati Kekasih menerusi lagu Restu. Ekoran sambutan positif mereka berduet dalam dua buah lagi lagu iaitu Memori Berkasih dan Resepi Berkasih yang dimuatkan dalam album kumpulan Spin.Puncak Populariti
Pada tahun 2003, pihak FMC melancarkan album duet pertama mereka yang berjudul Istimewa Untukmu yang sekaligus meletup dan mendominasi pasaran muzik pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 100,000 unit. Single pertama berjudul Paling Comel ciptaan Aidit Alfian berjaya mencecah tangga pertama carta di kebanyakan stesen radio manakala beberapa lagi lagu seperti Adat Berkasih dan Sabar Menanti juga tidak kurang hebat popularnya. Populariti duo Achik dan Nana terus unggul apabila dicalonkan untuk kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.Umum mengetahui bahawa Achik dan Nana pernah menjalinkan hubungan cinta sejak zaman remaja, namun apabila masing-masing sudah dewasa, hubungan itu tidak lagi diteruskan malahan masing-masing bertemu jodoh dengan insan lain. Kisah cinta mereka pernah diabadikan dalam sebuah novel biografi berjudul Pelangi Jiwa pada tahun 2005.
Album studio kedua mereka berjudul Benang Emas pula menyusul pada tahun 2006 dengan hits seperti Benang Emas dan Tatasuria. Album ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat malah sempat mengadakan sebuah konsert di kota Singapura yang juga dirakam untuk siaran TV Suria pada tahun tersebut. Namun mereka berdua terpaksa akur untuk tidak terlalu banyak muncul sebagai artis duo kerana masih mempunyai kontrak sebagai penyanyi solo dan berkumpulan. Maka beberapa tahun selepas itu tumpuan lebih diberikan kepada projek masing-masing.
Kematian Achik
Saya amat terkejut kerana Achik bagaimanapun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada 17 April 2010. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian. Perancangan untuk album studio duo ketiga mereka akhirnya lenyap begitu sahaja, dan duo Achik & Nana kini tiada lagi. Single terakhir mereka ialah lagu Cari Ketenangan yang diterbitkan secara "posthumous" pada tahun 2010. Nana meneruskan karier nyanyian sebagai penyanyi solo.Sekarang
Saya nampak di promo di mana Siti Nordiana masuk Gegar Vaganza dan Saya tak sabar lihat Siti Nordiana menyanyi solo.Persembahan Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu Memori Berkasih di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) menjadi Hebat! sampai saya menangis kerana teringat zaman memori mereka.
dan saya nampak di Astrogempak kerana Memori Berkasih Siti Nordiana & Razlan Kristal Jadi Viral. Mereka berkata:
Persembahan Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu Memori Berkasih di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) menjadi viral dan sebutan netizen di laman sosial.
Persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu sememangnya dinantikan oleh para peminatnya sejak konsert ketiga program GV2 lagi.
Kemunculan Nana bersama Razlan di konsert minggu keempat bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ itu menjadikan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) riuh buat seketika.
Selain menyanyi bersama, ada di antara penonton mengalirkan air mata mungkin kerana terimbau kembali nostalgia ketika Nana menyanyikan lagu Memori Berkasih bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau Achik.
Gandingan Nana dan Razlan pada malam Ahad lepas turut mendapat perhatian netizen dan ramai juga yang menonton persembahan mereka berulang kali.
Inilah Lagu-Lagu Achik and Siti Nordiana:
Gurauan Berkasih
Paling Comel
Benang Emas
dan lagu kesukanan saya adalah Memori Berkasih
Dan Terima kasih Kak Siti Nordiana kerana teringat tentang ini. Be Strong okay.
No comments:
Post a Comment